فَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ وَٱعْبُدُوا۟ ۩62

Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَأَنتُمْ سَـٰمِدُونَ61

Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ60

Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

أَفَمِنْ هَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ59

Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ كَاشِفَةٌ58

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

أَزِفَتِ ٱلْـَٔازِفَةُ57

Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat).
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

هَـٰذَا نَذِيرٌ مِّنَ ٱلنُّذُرِ ٱلْأُولَىٰٓ56

(Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكَ تَتَمَارَىٰ55

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَغَشَّىٰهَا مَا غَشَّىٰ54

Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَٱلْمُؤْتَفِكَةَ أَهْوَىٰ53

Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَقَوْمَ نُوحٍ مِّن قَبْلُ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ هُمْ أَظْلَمَ وَأَطْغَىٰ52

Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَثَمُودَا۟ فَمَآ أَبْقَىٰ51

Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَأَنَّهُۥٓ أَهْلَكَ عَادًا ٱلْأُولَىٰ50

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَأَنَّهُۥ هُوَ رَبُّ ٱلشِّعْرَىٰ49

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَأَنَّهُۥ هُوَ أَغْنَىٰ وَأَقْنَىٰ48

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَأَنَّ عَلَيْهِ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُخْرَىٰ47

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati).
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

مِن نُّطْفَةٍ إِذَا تُمْنَىٰ46

Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim).
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰ45

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَأَنَّهُۥ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا44

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَأَنَّهُۥ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ43

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.
- Abdullah Muhammad Basmeih

Pages:
1 2 3 4 Next